Buku ini bukan ditulis oleh seorang profesor di dalam makmal berhawa dingin. Ia lahir daripada keterpaksaan seorang anak muda yang terpaksa memegang sepana secara self-taught (belajar sendiri) di tepi rumah semata-mata kerana tidak mampu membayar upah pomen pada waktu itu.
Sebagai seorang IT Engineer pada siang hari dan Tuner pada sebelah malam, penulis membawa satu dimensi unik ke lantai bengkel: Setting enjin menggunakan logik dan struktur aliran sistem IT. Enjin 4-lejang dilihat bukan sekadar ketulan besi, tetapi sebagai sebuah sistem pengurusan data mekanikal yang sangat kalkulatif.
"MODI PAKAI OTAK!" ialah sebuah kitab rujukan terperinci yang dibina untuk memecahkan segala mitos PNP dalam dunia permotoran dua roda tempatan. Ditulis untuk memaksa anda mula berfikir dengan data, sekali menghentikan pembaziran beribu ringgit akibat kesilapan eksperimen yang berterusan.
Antara Penguasaan Utama Di Dalam Buku Ini:
Kiraan Degreeing Camshaft: Mengira fasa Duration, Lift, dan LSA tanpa tekaan.
Metodologi Piston Stop: Kaedah mencari titik TDC tepat secara fizikal.
Hukum Aliran Mekanikal: Formula nisbah sprocket(Ratio) dan simulasi KM/H.
Matriks Porting & Polishing: Mencari diameter port optimum mengikut spesifikasi.