Bagi Sirru, tahun 1999 tidak pernah wujud — sebuah lohong hitam di kalendar jiwanya.
Itulah pegangan Sirru, hinggalah dia berpindah dan bertugas sebagai pembantu di sebuah kedai buku lama. Peristiwa demi peristiwa yang berlalu akhirnya menunjukkan sesuatu: bahawa 1999 adalah tahun trauma yang ngeri, yang dikubur dalam-dalam tanpa disedari. Apakah yang terjadi pada 19997 Berjayakah Tria, sahabat Sirru membantunya mengingati masa lalu?
Temukan jawapannya dalam naskhah psikologi thriller yang menggoncang realiti dalam tahun yang hilang — 1999.
SHIELD SAHRAN berasal dari Kuching, Sarawak. Mula menulis pada tahun 2004, tetapi berhenti sekitar tujuh tahun kerana hilang rentak. Bermula tahun 2014, kerja menulis dimulakan secara bertatih. Novel pertama bertema psychothriller berjudul Cincang: Dendam Terbalas terbitan Lejen Press lahir pada tahun 2016. Diikuti karya lain seperti Acang Merpati (DBP), Niqab (FIXI), Memori Nem (DBP), Pengiran Bulan (DBP), Blogofobia (FIXI), dan satu kumpulan cerpen Hantu-hantu Penglipur Lara (SFYE). Seterusnya, beliau terpilih mewakili Malaysia untuk program penulisan novel Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) di Ancol, Jakarta Utara pada tahun 2024. Bagi beliau, sastera itu sebuah seni perkataan yang datangnya dari pengalaman, pemerhatian dan pergolakan.