Kandungan meliputi semakan recall, pemahaman konsep, salah faham dan analisis kesilapan, penaakulan, bukti, KBAT, aplikasi serta pemindahan pembelajaran dan metakognisi. Yang lebih penting, ebook ini bukan sekadar bank soalan: ia turut menekankan apa yang guru patut lakukan selepas respons murid dikumpulkan.
Sesuai untuk guru sekolah rendah dan menengah, guru mata pelajaran yang mahu mendapatkan “signal” pembelajaran dengan cepat, serta panitia yang sedang membina rutin semakan formatif.
Kelebihan utama:
• 100 idea Exit Ticket dan Quick Check
• Boleh digunakan dalam masa kira-kira 5 minit sebagai rutin kelas
• Pelbagai bentuk soalan mengikut tujuan pembelajaran
• Panduan membaca respons murid dengan cepat
• Cadangan tindakan susulan selepas data diperoleh