Ringkas.
Tetapi paling susah nak jawab.
Walau yang tanya itu sahabat yang paling rapat.
Walau yang tanya itu ahli keluarga sekalipun.
Susah tatkala sebenarnya kita mahu menjawab, "tak", tetapi hati sendiri tak pasti apa yang akan jadi lepas tu.
Takut hilang kawan.
Takut kena marah.
"Kau okey tak ni?"
Dia hanya senyum segaris. Macam biasa.
Yang Paling Patah antara Kita merupakan novel terkini Ainulfarihah yang sudah menulis sejak 13 tahun lalu. Novel ini merupakan novel pertama beliau bersama JIWA.
Menulis dari kecil, tetapi tidak ingat sejak bila, yang pasti bukan 1997 kerana tika itu dia baru lahir. Muzik, matahari terbenam, kopi dan bintangbintang di langit malam adalah elemen-elemen tenang baginya. Paling suka kalau kalian para pembaca fokus pada apa yang ditulisnya dan hidup seketika bersama watak-watak. Ini kerana dalam realiti, si penulis ini tiada apa-apa padanya. Demikian, terima kasih kepada kamu, kerana baca guna jiwa.