KEAHLIAN NETFLIX DIPERLUKAN.
Pada zaman dahulu — kejap, seterusnya apa? Seret dan lepaskan watak klasik pada halaman untuk membina cerita yang mengejutkan dalam permainan teka-teki ini yang menang anugerah.
Buku cerita ajaib tersedia kosong di hadapan anda. Buku ini sedia untuk diisi dengan kisah romantik, magik, pengembaraan dan misteri. Kumpulkan setiap komik interaktif daripada pelbagai latar dan watak yang dianimasikan yang memberikan reaksi dalam masa nyata mengikut pilihan anda. Habiskan setiap babak, daripada fantasi cerita dongeng kepada pembunuhan Gothic untuk memperoleh mahkota penglipur lara yang menjadi rebutan.
Disertakan dalam Kemas Kini "Storyteller: Edisi Istimewa":
• Main tiga babak baharu: Bereksperimen dengan Dr. Frankenstein dan raksasanya, belayar di lautan bersama lanun atau terokai hutan bersama Hansel dan Gretel.
• Terokai tahap baharu yang ditambahkan kepada babak klasik yang sedia ada.
• Temui Genie, yang menunaikan hajat watak lain melalui magik.
• Nikmati navigasi yang lebih mudah melalui buku cerita dan kemas kini yang menyeronokkan terhadap sistem cop pencapaian.
• Bermula dengan tutorial cara main yang dirombak semula.
Ciri Asal:
• Main dengan barisan watak daripada fantasi dan pelbagai genre lain — raja, permaisuri, serigala jadian, ahli sihir, satria dan banyak lagi — dan saksikan mereka berinteraksi berdasarkan cara anda membina cerita mereka.• Tukar watak dan latar untuk mencipta situasi buku cerita klasik: katak bercium, raksasa berlawan, penyelesaian misteri dan... berbilang penculikan?
• Gunakan panduan buku ini untuk menerokai lebih daripada satu cara untuk menceritakan cerita baharu.
• Buka kunci pencapaian rahsia dan penamat tersembunyi.
• Lengkapkan buku untuk menjadi penglipur lara terhebat di tanah ini!
- Permainan oleh Daniel Benmergui, pasukannya dan Annapurna Interactive.
Permainan teka-teki buku cerita yang anda cipta plot pintar pada cerita klasik.
Dikemas kini pada
21 Jul 2026